Wednesday, February 27, 2013

OKU Kelantan Pantau PRU13

Pimpinan OKU Kelantan Bersama Pantau Pilihanraya
NGO OKU BANGKIT, INSANI dan Persatuan OKU Cacat Penglihatan Kelantan
28 Februari 2013, Dijalan Dato' Pati, Kota Bharu
'Kami sering ditinggalkan, termasuklah dalam soal pilihanraya.  Siapa boleh bantu dan angkut kami untuk membuat keputusan terhadap urusan 5 tahun akan datang.'

Urusan hak dalam perlembagaan pun boleh pihak kerajaan abaikan.

Kami berhubung dngan pihak SPR, mereka minta kami serahkan senarai OKU kepada mereka.....kakakakaka...siapa sebenarnya makan gaji.  Online la dengan JKM dan NGO OKU.

Daftar pemilih sepatutnya membantu pihak calon dan parti membuat penjejakan kepada pengundi.  Daftar Pemilih SPR, Dahla banyak alamat kosong, banyak juga  pengundi tak dikenali, apatah lagi untuk dinyatakan status pengundi OKU dalam daftar pemilih.

Golongan OKU perlu dibantu membuat pilihan, pihak parti mana yang lebih cakna OKU.  Parti dan calon yang memperalatkan OKU untuk sesi bergambar memberi bantuan kerusi roda, tongkat dan kakitangan palsu....dalam masa yang sama mengebas duit OKU melalui kontrak pembekalan peralatan kepada kroni, patut sahaja ditinggal kosong ruang pangkah kertas undi mereka.

No comments:

Post a Comment