Wednesday, February 27, 2013

OKU Kelantan Pantau PRU13

Pimpinan OKU Kelantan Bersama Pantau Pilihanraya
NGO OKU BANGKIT, INSANI dan Persatuan OKU Cacat Penglihatan Kelantan
28 Februari 2013, Dijalan Dato' Pati, Kota Bharu
'Kami sering ditinggalkan, termasuklah dalam soal pilihanraya.  Siapa boleh bantu dan angkut kami untuk membuat keputusan terhadap urusan 5 tahun akan datang.'

Urusan hak dalam perlembagaan pun boleh pihak kerajaan abaikan.

Kami berhubung dngan pihak SPR, mereka minta kami serahkan senarai OKU kepada mereka.....kakakakaka...siapa sebenarnya makan gaji.  Online la dengan JKM dan NGO OKU.

Daftar pemilih sepatutnya membantu pihak calon dan parti membuat penjejakan kepada pengundi.  Daftar Pemilih SPR, Dahla banyak alamat kosong, banyak juga  pengundi tak dikenali, apatah lagi untuk dinyatakan status pengundi OKU dalam daftar pemilih.

Golongan OKU perlu dibantu membuat pilihan, pihak parti mana yang lebih cakna OKU.  Parti dan calon yang memperalatkan OKU untuk sesi bergambar memberi bantuan kerusi roda, tongkat dan kakitangan palsu....dalam masa yang sama mengebas duit OKU melalui kontrak pembekalan peralatan kepada kroni, patut sahaja ditinggal kosong ruang pangkah kertas undi mereka.

Tuesday, February 26, 2013

Menjelang Sidang Antarabangsa PRU13-Pengalaman Brazil

Peta Kejayaan Rakyat Brazil Menentang Pembelian Undi
BRIM Rasuah! Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Menjalar pimpinan umNO mempergunakan sekolah dan pemberian BRIM, bagi membeli undi.  Banyak aduan daripada rakyat bagaimana pimpinan umNO meminta penerima BRIM mengundi umNO.

Pemantau Kelantan pernah menghubungi SPRM Kelantan, mengadu rasuah BRIM, SPRM dengan cincai menjawab BRIM bukan rasuah.

Kami percaya jika SPRM Kelantan, turun ke sekolah tempat pemberian BRIM, pimpinan umNO tak berani berkempen membeli undi dikalangan rakyat.

Kami juga percaya jika SPRM Kelantan baca Kes Bukit Begunan, melampau mereka akan sedar apa yang berlaku disekolah sekolah jauh lebih teruk daripada yang berlaku di rumah panjang di Sarawak.http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=bukit%20begunan%20case&source=web&cd=5&ved=0CEUQFjAE&url=http%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fcolumns%2F20598&ei=OG4tUZC4LYnPrQfO84G4Aw&usg=AFQjCNFqKK2FZD482AWw1pZPPDTNP_658w&sig2=t0-xzb54cmnRw2KqSFlgug&bvm=bv.42965579,d.bmk

Pemantau Kelantan mengajak rakyat Kelantan dengan penuh keberanian meneladani rakyat Brazil yang dipimpin Hakim/Aktivis Marlon dalam memerangi pembelian undi.http://conferences.wcfia.harvard.edu/sites/projects.iq.harvard.edu/files/ruling_politics/files/nichter_-_vote_buying_in_brazil_-_from_impunity_to_prosecution.pdf

Beliau adalah salah seorang panelis jemputan Ketua Pembangkang bagi Sidang Antarabangsa PRU13 Malaysia pada 4-5 Mac 2013.



Bila Anak Muda Memantau Pilihanraya

Mahasiswa Kelantan mendaftar sebagai
Pemantau Pilihanraya Selepas Selesai
Sesi Dialog R bersama Mahasiswa
Anak muda ini tidak dibayar untuk bertugas sebagai Pemantau.  Tiada Dekan Universiti , yang memaksa mereka mengisi borang pemantau.

Tapi anak muda ini tahu, dengan memantau pilihanraya, duit mereka dapat diselamatkan, daripada rompakan pemerintah yang rasuah.  Mereka boleh dapat pendidikan percuma, dengan memastikan pilihanraya berlaku dengan adil dan bebas.

Mereka dapat selamatkan beberapa sen, setiap kali mengisi minyak motorsikal.  Apalah sangat pemberian 'gula-gula ' kerajaan saat menjelang pilihan raya.

Sebuah kerajaan yang baik, adalah kerajaan yang membina kebebasan ekonomi dikalangan rakyatnya.Bukan membina mentaliti memakan umpan, supaya rakyat terus boleh diugut dan ditekan.

SB Perlu Pantau lebih Banyak Aktiviti Jenayah

SB Bernama Wan (berbaju merah) daripada IPD Kota Bharu
Diberi teguran nasihat dan kertas resolusi kuning
 'Gesa Polis Tidak Memihak Dalam PRU13'
oleh Pemantau Kelantan
Saat Pemantau Kelantan berkunjung ke Balai Polis Binjai untuk penyerahan resolusi kuning seminar pemantauan pilihanraya ' Gesa Polis Tidak Memihak Dalam PRU13', kami didatangi oleh SB.

Tentunya ini peluang terbaik kepada Pemantau, untuk menjadi suara rakyat, yang sudah tidak tahan menjadi mangsa jenayah, menegur pihak SB supaya tidak menjadi alat parti pemerintah.

Kami gesa SB supaya lebih banyak memantau aktiviti jenayah berbanding aktiviti politik.

Titi Anggraini, Pemantau Pilihan Raya Wanita Indonesia

Titi Anggraini, Jemputan Tokoh Pemantau Antarabangsa
Daripada Indonesia Sebagai Panelis
Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia
Pada 4-5 Mac 2013
DiMalaysia kita berbangga dengan Ambiga dan Maria Chin sebagai wanita  pemuka dalam perlawanan menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Di Kelantan pula menampilkan sosok wanita seperti Aina Sayuty dalam membuat pembentangan PSC dan aktiviti pemantauan pilihanraya.http://www.parlimen.gov.my/images/webuser/jkuasa/JPKPR-07012012%20Prosiding%20Pendengaran%20Awam%20Bil.9%20Kelantan.pdf

Manakala kehadiran Titi Anggraini ke Malaysia melalui jemputan Ketua Pembangkang Malaysia sebagai panelis dalam Sidang Antarabangsa PRU13, pasti lagi menambah mekar, perjuangan para srikandi dalam pilihanraya bebas dan adil.

Pemantau Kelantan mengajak para aktivis wanita mengenali lebih dekat geraklangkah Titi Anggraini, saat beliau berkunjung ke Malaysia.

Menjelang Sidang Antarabangsa PRU13 Malaysia

Sidang Media Ketua Pembangkang Berkenaan
Persidangan Antarabangsa PRU13 Malaysia
26 Februari 2013, Petaling Jaya
4-5 Mac 2013, bakal menghimpunkan :
1) Ahli parlimen BN dan PR
2) Aktivis NGO
3) Pakar pemantau pilihanraya antarabangsa
4) Agensi kerajaan berkaitan pilihanraya
5) Pihak berkepentingan dalam  PRU13
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/17034-seminar-antarabangsa-praya-malaysia-4-5-mac

Mencabar semua pihak dalam menyatakan pendirian terhadap pilihan raya bebas dan adil.

Pemantau pilihanraya perlu menjadikan persidangan ini sebagai satu penfaktoran dalam menjalankan gerakerja pemantauan rakyat.

Ratusan ribu rakyat yang memantau pilihanraya melalui rumusan ratusan strategis, tentunya melahirkan impak luarbiasa.

Perkongsian pengalaman Hakim Pilihan raya daripada Brazil, Justice Marlon, yang menggerakkan 4.5 juta rakyat Brazil, menentang rasuah pilihanraya, patut menjadi teladan kepada anak muda BERSIH yang memenuhi jalanraya d Kuala Lumpur

Saturday, February 23, 2013

Tekan SPR kelantan supaya Bebas & Adil

Serahan Resolusi Kuning Gesa SPR bebas dsn Adil
 kepada wakil SPR Kelantan, Nik Andy Suwardy, Timbalan Pengarah Operasi
21 Februari 2013 Jam 1130 pagi di Pejabat SPR kelantan
Jangan harap kepada Ambiga & Pak Samad sahaja menekan SPR pusat.

Pemantau Kelantan terus sahaja menekan Pejabat SPR Kelantan di tingkat 9 wisma persekutuan Kota Bharu.

Resolusi Kuning gesa Spr bebas dan adil diserah kepada pegawai spr negeri.  Setiap kakitangan SPR negeri Kelantan yang kami temui, didesak supaya berlaku bebas dan adil.  Jika ada apa apa campurtangan Umno untuk menipu dgn memperalatkan SPR, kami minta dilaporkan kepada pemantau.


Kami mengajak SPR kelantan untuk mendapat kepercayaan rakyat, bukannya mendapat kepercayaan umno semata mata.

Kami menyeru semua pemantau Kelantan untuk membuat pertemuan dengan seluruh kakitangan SPR bagi PRU13, bermula dari petugas SPR di pintu masuk pusat pengundian, kerani mengundi, pegawai pengurus pilihanraya hinggalah kepada pengarah pilihanraya negeri.

Gesa mereka berlaku adil dan bebas.

Wednesday, February 13, 2013

Rekrut Pemantau D Kedai Kopi Aly Khan, KB

4 anak muda sedang mendaftar sebagai pemantau rakyat
di Kedai kopi Aly Khan, Kota Bharu
Lepas dengar kuliah tok guru, kami melepak di kedai Aly Khan, tepi bulatan jam besar.

Fokus kami, anak muda. Rekrut seramai mungkin anak muda di jalanan menjadi pemantau pilihanraya.

Ada yang kami kenal, lebih banyak yang kami tak kenal.

Apabila diajak untuk memantau pilihanraya, mudah sahaja anak anak muda Kelantan mengisi borang pemantau.

Pastinya mereka semua tahu pilihanraya kali ini penuh dengan penipuan.

Mereka semua ini mahu menyekat penipuan.  Mereka adalah pemantau rakyat.

Tuesday, February 12, 2013

29 Mahasiswa Kelantan Daftar Sebagai Pemantau

29 Borang Pemantau Kelantan, Diisi oleh Mahasiswa, Sejurus selepas
 Program Dialog R bersama Mahasiswa
12 Februari 2013, Dewan Jubli Perak, Kota Bharu






Program dialog R bersama Mahasiswa merumuskan 4 perkara:
1) Menyokong tuntutan Royalti
2) Menyokong Pakatan Rakyat
3) Menolak Barisan Nasional
4) Bersama arus perubahan

Hampir 200 mahasiswa hadir.  Puluhan mahasiswa aktif bertanyakan soalan, memberi pandangan dan juga mempersembahkan gurindam.

Daripada semua itu, 29 mahasiswa mengisi borang pemantau, mencatit keterangan diri, menyatakan keazaman untuk memastikan PRU13 akan datang BEBAS dan ADIL.

Pemantau Kelantan, Pantau SB dalam program R

2 anggota SB menunduk kepala, ketika Pemantau menjalankan
 pemantauan di program dialog R bersama Mahasiswa
pada 12 Februari 2013 di Dewan Jubli Perak Kota Bharu
Lagi lagi SB buat kerja tak patut, giler memantau program-program politik NGO pro pakatan rakyat, termasuklah R.

Disaat jenayah bermaharajalela, bahkan hampir semua rakyat Malaysia pernah menjadi mangsa jenayah.  Rumah dipecah masuk, motor kena curi, sepupu sepepet kena cabul, nenek kena ragut.

SB giler memantau program politik.  Sepatutnya mereka memantau kegiatan jenayah.  Merisik percubaan komplot jenayah.

Apa yang Pemantau lakukan terhadap SB ini.  Kami menyatakan keresahan rakyat terhadap jenayah yg berleluasa.  Kami tegur SB supaya mereka lebih memantau aktiviti jenayah berbanding aktiviti politik.http://pasbagandatoh.blogspot.com/2012/08/mana-kesan-rm1b-jenayah-makin-meningkat.html


Apa reaksi SB? Mereka nampak bengang dan tak seronok dan takut takut.  Pemantau memantau SB.

Pemantau merakam gambar SB.  Pemantau sebar gambar SB difacebook. Pemantau mendidik anak muda untuk berani menegur SB.  Pemantau memberi kertas resolusi kuning seminar pemantauan pilihanraya, kepada SB, dan meminta SB baca resolusi ke 3 " Menuntut PDRM menjalankan tugas secara profesional tanpa memihak kepada mana mana parti dan menambahbaik integriti PDRM".





Liputan Harakah; Pemantau Kelantan Kunjungi Balai Polis

Harakah edisi cetak, 8-10 Februari 2013,
Pemantau Kelantan Kunjungi Balai Polis
Kota Bharu: Aktivis Badan Pemantau Bebas Pilihanraya [Pemantau] Kelantan kini menjelajah setiap balai polis di negeri itu bagi menyerah resolusi mendrsak Polis Diraja Malaysia [PDRM] supaya tidak memihak.

Baru-baru ini aktivis Pemantau dengan diketuai Aina Sayuty menyerah resolusi seminar pilihanraya di balai polis Binjai, Kubang Kerian.

Sebelum itu, Pemantau Kelantan menyerah resolusi serupa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Aina berkata, resolusi tujuh perkara diputus pada seminar pilihanraya yang diadakan di Balai Islam 19 Januari lalu sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum [PRU] ke 13.

Katanya,polis hendaklah bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik memandangkan tugas mereka hanya menjaga keselamatan.

"Tindakan proaktif Pemantau Kelantan bagi menjamin kelangsungan PRU13 lebih adil,bebas dan bersih," katanya ketika ditemui selepas menyerah resolusi tersebut.

Turut serta beberapa aktivis wanita Pemantau Parlimen Kubang Kerian.

Aina berkata, pasukan Pemantau juga menyebarkan maklumat dalam facebook dan media-media lain.

Tuesday, February 5, 2013

Drs Fadime Orgu, Pemantau Pilihanraya Wanita Muslim

Drs Fadime Orgu, Bekas Ahli Parlimen Belanda,
Pemerhati Muslim Antarabangsa PRU13 Malaysia.
Kesempatan bersama beliau, saat mengiringi delegasi pemerhati muslim antarabangsa ke Malaysia, tentunya menambah pengalaman bernilai kepada para pemantau kelantan.

Beliau mula berkecimpung dalam politik sejak umur 15. Menjadi ahli parlimen di Belanda selama 2 penggal.http://www.patheos.com/blogs/altmuslim/2009/02/fadime_orgu_interview/

Beliau mengetuai delegasi bertemu SPR, SU Dewan Negara, Menteri DiJabatan Perdana Menteri, tokoh-tokoh politik dan NGO, sepanjang 4 hari misi pemerhatian antarabangsa PRU13 Malaysia.

Adalah sangat penting, pemantauan pilihanraya Kelantan,mencungkil bakat-bakat muda dikalangan wanita setempat, sebagai pendedahan awal dalam bidang politik.

Dizaman sahabat, para muslimah memantau delegasi peperangan Uhud.  Saat mereka melihat ada dikalangan sahabat yang lari perang, para pemantsu wanita ini, melempar golongan pengecut ini dngan kerikil batu.

Bertemu Bapak Menteri SPR, SPRM & Undang2

5 Februari 2013, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, bersama pemerhati
antarabangsa dari negara-negara Kesatuan Eropah bertemu Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam suasana nak menyambut raya cina, Nazri segak memakai baju cina warna biru.

Semasa bertemu beliau, Kami delegasi 5 org ,berbincang isu pendaftaran pengundi di Sabah, debat antara BN dan PR, kebebasan media juga perbandingan sistem dan budaya politik antara benua.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/delegasi-muslim-eropah-dedah-nazri-aziz-akui-media-jadi-alat-kerajaan/

Tentunya selain bertempik di jalanraya menuntut hak yg diabaikan dan dizalimi, ada masanya kita berbisik dengan Pak Menteri yang jaga undang-undang.

Usaha meratakan padang perlu dibuat bagi membolehkan BN dan PR bertanding secara bermaruah, dan memberi keadilan terbanyak kepada rakyat.

Khalifah Ali tatkala berdepan musuh tanpa senjata, enggan meneruskan perlawanan, kerana pertempuran itu tidak adil seimbang.  Lalu bagaimanakah rakyat boleh menyertai pilihanraya dengan bebas dan penuh keadilan,jika sebelah pihak mempunyai segala senjata media propaganda, dana dan jentera kerajaan. Sedangkan sebelah pihak lagi dinafikan hak yang sama.

Sunday, February 3, 2013

RESOLUSI KUNING

427 peserta memenuhi dewan seminar.

Mereka adalah sejumlah terpilih dari 1.54 juta rakyat Kelantan yang peka terhadap keperluan memantau pilihan raya.

Lantas mereka semua ini merumus 7 perkara.

Saturday, February 2, 2013

Anak Muda Kaki Masjid Pantau Pilihan Raya

 
Edaran Resolusi Kuning Seminar Pemantauan
& Pendaftaran Pemantau Pilihan Raya
1 Februari 2013, Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Masjid bukan tempat setan berkumpul.   Ia tempat berkumpulnya para malaikat dan orang-orang yang mencari kebaikan.

Walaupun tak semua yang datang ke masjid itu baik.

Ada yang datang ke masjid kerana nak curi kasut dan selipar.

Merekrut pemantau pilihan raya dimasjid sangat mudah.

Bercakap pasal amar makruf nahi mungkar kepada mereka yang dah selalu ke rumah tuhan tidak susah.

Kempen supaya anak muda masjid pantau pilihan raya semudah membilang 1,2,3.
Puluhan borang pemantau pilihan raya habis diisi oleh anak-anak muda kaki masjid

SPRM TAKUT KO, KO MENTERI

Sesi Bersama SPRM, Seminar Pemantauan
 Pilihanraya, 19 Januari 2013, Balai Islam
 Kota Bharu Kelantan
Seminar Pemantauan Pilihanraya pada 19 Januari D Balai Islam baru ni panas, bila ada seorang pakcik tanya kepada Pengarah operasi SPRM kelantan ' SPRM takut atau tidak pada Menteri! '

Jawapan diberi SPRM sangat teruk.  ' Soalan itu tidak akademik'!

Dalam bahasa kasar SPRM jawab, itu soalan bodoh!

Pakcik bertanya itu datang ke seminar pakai duit sendiri.  SPRM datang ke seminar PAKAI DUIT RAKYAT.  Pakcik bertanya itu menyoal dari keresahan hatinya.  SPRM menjawab dari kecelaruan hatinya.

Tahniah kepada peserta seminar kerana berani memantau SPRM. PRU13 ini kita sama2 pastikan SPRM tidak takut pada MENTERI!

Wanita Kubang Kerian Pantau Polis

Sebaran Resolusi Kuning Seminar Pemantauan Pilihanraya
 'Gesa Polis Tidak Memihak Dalam PRU13'
28 Januari 2013, Balai Polis Binjawi,Kubang Kerian.
Mereka dah tahan lagi dengar sana sini rogol, cabul, ragut.

Lalu apa yang mereka buat.  Mereka beramai2 kebalai polis Binjai DESAK polis jangan memihak dalam PRU13.

Mereka DESAK POLIS memperbaiki integriti mereka.

Wanita ini tidak TAKUT POLIS.  Tetapi      POLIS TAKUT pada mereka. Mereka berani menegur polis, mereka berani tegur polis supaya jangan terima rasuah,jangan takut pada menteri dan jangan sesekali polis memihak.

wanita ini mahu polis dilihat semuanya baik...bukannya polis dilihat sikit sahaja yang baik baik !

Jemaah Masjid Muhammadi Kota Bharu..Pantau Pilihan Raya

Sebaran Resolusi Kuning Seminar Pemantauan Pilihan Raya
'Mengajak NGO & Rakyat Memantau PRU13'
dan Pendaftaran Pemantau Pilihan Raya
1 Februari 2013, Masjid Muhammadi Kota Bharu
Jangan anda pikir ahli masjid hanya tahu tadah telinga dengar khutbah sahaja.

Jangan anda pikir ahli masjid hanya tahu sujud dan rukuk sahaja.

Mereka juga mahu memantau pilihanraya.

Ahli masjid muhammadi kota bharu bukan setakat nak kejar akhirat...mereka juga tahu bagaimana nak kejar PUTRAJAYA.

Mereka TAK NAK, setan setan menang dalam pilihan raya, mereka MAHU manusia separa malaikat menang pilihanraya

Anak Muda Bachok....Pantau Pilihan Raya

Sebaran Resolusi Kuning Pemantauan Pilihanraya
'Mengajak NGO & Rakyat Memantau PRU13'
dan pendaftaran Pemantau Pilihanraya
31 Januari 2013, Kedai Beris Kubor Besar, Bachok
DiKedai Beris Kubor Besar, Bachok Kelantan.  Anak anak muda  mengisi borang pemantauan pilihanraya ditepi jalan.

Bukan didewan aircond, bukan diatas meja.

Ditepi jalan...ditepi longkang busuk!

Berkain pelikat, berkopiah, masih belum pandai bergewe mengurat.

Mereka mahu memantau pilihan raya. Mereka guna kepala lutut sebagai pelapik untuk mengisi borang pemantau.

Mereka tidak dibayar upah.  Mereka juga tidak dipaksa.  Mereka tidak disuruh oleh makbapak mereka.

Mereka mahu PRU13 bebas dan adil.  Mereka mahu tangkap pengundi hantu.

Mereka adalah pemantau rakyat.

Pantau Pilihanraya...PANTAU POLIS

Sebaran Resolusi Kuning Seminar Pemantauan Pilihan Raya
'Gesa Polis Tidak Memihak Dalam PRU13'
22 Januari 2013, Balai Polis Kota Bharu
Jika anda, tidak lagi mahu melihat jaring-jaring besi dipintu dan tingkap rumah
Jika anda, tidak lagi mahu  motorsikal anda dikunci 3 kali...diusung kedalam rumah
Jika anda, tidak lagi mahu meninggal rumah dalam keadaan bimbang

Atau 

Anda sudah mula rasa takut berada didalam rumah sendiri
Rumah anda sudah berkali kali dimasuki pencuri
Jiran-jiran anda juga tidak terkecuali menjadi mangsa pecah rumah
Beribu anda habiskan memasang jeriji besi dirumah
Rumah anda bagaikan penjara

Kesemua ini ada kaitan dengan pilihan raya
Kesemua ini ada kaitan dengan usaha anda

Jika kita membenarkan penipu menang dalam pilihan raya
Maknanya kita membiarkan PEROMPAK memerintah negara

Kalau perompak sudah memerintah negara
Bermaharajalelalah segala penyamun, pencuri dan penyagak
di seluruh kampung, taman, pekan dan desa

Jika anda MEMANTAU PILIHAN RAYA
itu maknanya
anda mahu rumah anda selamat
motorsikal anda selamat
kehidupan anda selamat

Hanya .........dengan terpilihnya sebuah kerajaan yang baik
Hanya...........melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil.

Mereka bertiga ini adalah pemantau pilihan raya
Mereka berkunjung ke Balai Polis disekitar negeri Kelantan
Menggesa POLIS TIDAK MEMIHAK DALAM PRU13

Jika POLIS memihak kepada sebelah pihak dalam pilihan raya
Sebelah pihak dibenarkan berceramah dengan bebas
Sebelah lagi dipayah-payahkan permit

Sebelah pihak dibiarkan melakukan provokasi
Sebelah lagi dibiarkan dipukul oleh provokator

Sebelah pihak dipayah-payahkan untuk mengedar risalah
Sebelah lagi dibiarkan mengedar risalah hasutan

Kita semua kena bersama hentikan semua ini.
Kita kena  pastikan polis profesional
BANTU POLIS BAIK
LAWAN POLIS JAHAT.

MEH PANTAU PILIHAN RAYA!