Tuesday, February 26, 2013

Bila Anak Muda Memantau Pilihanraya

Mahasiswa Kelantan mendaftar sebagai
Pemantau Pilihanraya Selepas Selesai
Sesi Dialog R bersama Mahasiswa
Anak muda ini tidak dibayar untuk bertugas sebagai Pemantau.  Tiada Dekan Universiti , yang memaksa mereka mengisi borang pemantau.

Tapi anak muda ini tahu, dengan memantau pilihanraya, duit mereka dapat diselamatkan, daripada rompakan pemerintah yang rasuah.  Mereka boleh dapat pendidikan percuma, dengan memastikan pilihanraya berlaku dengan adil dan bebas.

Mereka dapat selamatkan beberapa sen, setiap kali mengisi minyak motorsikal.  Apalah sangat pemberian 'gula-gula ' kerajaan saat menjelang pilihan raya.

Sebuah kerajaan yang baik, adalah kerajaan yang membina kebebasan ekonomi dikalangan rakyatnya.Bukan membina mentaliti memakan umpan, supaya rakyat terus boleh diugut dan ditekan.

No comments:

Post a Comment