Tuesday, February 12, 2013

Liputan Harakah; Pemantau Kelantan Kunjungi Balai Polis

Harakah edisi cetak, 8-10 Februari 2013,
Pemantau Kelantan Kunjungi Balai Polis
Kota Bharu: Aktivis Badan Pemantau Bebas Pilihanraya [Pemantau] Kelantan kini menjelajah setiap balai polis di negeri itu bagi menyerah resolusi mendrsak Polis Diraja Malaysia [PDRM] supaya tidak memihak.

Baru-baru ini aktivis Pemantau dengan diketuai Aina Sayuty menyerah resolusi seminar pilihanraya di balai polis Binjai, Kubang Kerian.

Sebelum itu, Pemantau Kelantan menyerah resolusi serupa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Aina berkata, resolusi tujuh perkara diputus pada seminar pilihanraya yang diadakan di Balai Islam 19 Januari lalu sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum [PRU] ke 13.

Katanya,polis hendaklah bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik memandangkan tugas mereka hanya menjaga keselamatan.

"Tindakan proaktif Pemantau Kelantan bagi menjamin kelangsungan PRU13 lebih adil,bebas dan bersih," katanya ketika ditemui selepas menyerah resolusi tersebut.

Turut serta beberapa aktivis wanita Pemantau Parlimen Kubang Kerian.

Aina berkata, pasukan Pemantau juga menyebarkan maklumat dalam facebook dan media-media lain.

No comments:

Post a Comment