Saturday, February 2, 2013

Pantau Pilihanraya...PANTAU POLIS

Sebaran Resolusi Kuning Seminar Pemantauan Pilihan Raya
'Gesa Polis Tidak Memihak Dalam PRU13'
22 Januari 2013, Balai Polis Kota Bharu
Jika anda, tidak lagi mahu melihat jaring-jaring besi dipintu dan tingkap rumah
Jika anda, tidak lagi mahu  motorsikal anda dikunci 3 kali...diusung kedalam rumah
Jika anda, tidak lagi mahu meninggal rumah dalam keadaan bimbang

Atau 

Anda sudah mula rasa takut berada didalam rumah sendiri
Rumah anda sudah berkali kali dimasuki pencuri
Jiran-jiran anda juga tidak terkecuali menjadi mangsa pecah rumah
Beribu anda habiskan memasang jeriji besi dirumah
Rumah anda bagaikan penjara

Kesemua ini ada kaitan dengan pilihan raya
Kesemua ini ada kaitan dengan usaha anda

Jika kita membenarkan penipu menang dalam pilihan raya
Maknanya kita membiarkan PEROMPAK memerintah negara

Kalau perompak sudah memerintah negara
Bermaharajalelalah segala penyamun, pencuri dan penyagak
di seluruh kampung, taman, pekan dan desa

Jika anda MEMANTAU PILIHAN RAYA
itu maknanya
anda mahu rumah anda selamat
motorsikal anda selamat
kehidupan anda selamat

Hanya .........dengan terpilihnya sebuah kerajaan yang baik
Hanya...........melalui proses pilihan raya yang bebas dan adil.

Mereka bertiga ini adalah pemantau pilihan raya
Mereka berkunjung ke Balai Polis disekitar negeri Kelantan
Menggesa POLIS TIDAK MEMIHAK DALAM PRU13

Jika POLIS memihak kepada sebelah pihak dalam pilihan raya
Sebelah pihak dibenarkan berceramah dengan bebas
Sebelah lagi dipayah-payahkan permit

Sebelah pihak dibiarkan melakukan provokasi
Sebelah lagi dibiarkan dipukul oleh provokator

Sebelah pihak dipayah-payahkan untuk mengedar risalah
Sebelah lagi dibiarkan mengedar risalah hasutan

Kita semua kena bersama hentikan semua ini.
Kita kena  pastikan polis profesional
BANTU POLIS BAIK
LAWAN POLIS JAHAT.

MEH PANTAU PILIHAN RAYA!






No comments:

Post a Comment