Tuesday, February 5, 2013

Bertemu Bapak Menteri SPR, SPRM & Undang2

5 Februari 2013, Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, bersama pemerhati
antarabangsa dari negara-negara Kesatuan Eropah bertemu Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam suasana nak menyambut raya cina, Nazri segak memakai baju cina warna biru.

Semasa bertemu beliau, Kami delegasi 5 org ,berbincang isu pendaftaran pengundi di Sabah, debat antara BN dan PR, kebebasan media juga perbandingan sistem dan budaya politik antara benua.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/delegasi-muslim-eropah-dedah-nazri-aziz-akui-media-jadi-alat-kerajaan/

Tentunya selain bertempik di jalanraya menuntut hak yg diabaikan dan dizalimi, ada masanya kita berbisik dengan Pak Menteri yang jaga undang-undang.

Usaha meratakan padang perlu dibuat bagi membolehkan BN dan PR bertanding secara bermaruah, dan memberi keadilan terbanyak kepada rakyat.

Khalifah Ali tatkala berdepan musuh tanpa senjata, enggan meneruskan perlawanan, kerana pertempuran itu tidak adil seimbang.  Lalu bagaimanakah rakyat boleh menyertai pilihanraya dengan bebas dan penuh keadilan,jika sebelah pihak mempunyai segala senjata media propaganda, dana dan jentera kerajaan. Sedangkan sebelah pihak lagi dinafikan hak yang sama.

No comments:

Post a Comment