Saturday, February 2, 2013

Anak Muda Bachok....Pantau Pilihan Raya

Sebaran Resolusi Kuning Pemantauan Pilihanraya
'Mengajak NGO & Rakyat Memantau PRU13'
dan pendaftaran Pemantau Pilihanraya
31 Januari 2013, Kedai Beris Kubor Besar, Bachok
DiKedai Beris Kubor Besar, Bachok Kelantan.  Anak anak muda  mengisi borang pemantauan pilihanraya ditepi jalan.

Bukan didewan aircond, bukan diatas meja.

Ditepi jalan...ditepi longkang busuk!

Berkain pelikat, berkopiah, masih belum pandai bergewe mengurat.

Mereka mahu memantau pilihan raya. Mereka guna kepala lutut sebagai pelapik untuk mengisi borang pemantau.

Mereka tidak dibayar upah.  Mereka juga tidak dipaksa.  Mereka tidak disuruh oleh makbapak mereka.

Mereka mahu PRU13 bebas dan adil.  Mereka mahu tangkap pengundi hantu.

Mereka adalah pemantau rakyat.

No comments:

Post a Comment